Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 31, 2008

Kembara Mencari Erti Kemerdekaan Hakiki

Tahun ini merupakan tahun yang 'unik' kerana Hari Merdeka hanya selang sehari dengan awal Ramadhan. Keunikan akan terserlah apabila kita lihat ketika sambutan merdeka berbanding persiapan untuk menghadapi Ramadhan. Pada 29 Ogos 2008 konsert Avril Lavigne telah berlangsung dengan 'jayanya' sehingga ramai remaja-remaja islam menghadiri konsert tersebut. Pihak GAMIS telah mengadakan demostrasi bantahan terhadap konset tersebut tetapi tidak diendahkan malah demo tersebut dihalang oleh pihak polis.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, PAS telah menganjurkan program ambang merdeka bertempat di padang MPAJ. Apa yang nak diceritakan ialah tentang Kembara Mencari Erti Kemerdekaan Sebenar oleh ahli GAMIS Negeri Sembilan. Perancangan kami ingin menghadiri Program Ambang Merdeka di MPAJ dan juga program dakwah di KLCC.

Kami bertolak dari Negeri Sembilan pada jam 4 petang. Perancangan bertolak pukul 3:30 petang, kerana ada kesulitan terlewat sedikit. Perjalanan tidak begitu lancar, ada beberapa masalah yang berlaku. Pada jam 6 petang, kami tiba di stesen LRT Ampang, rasa begitu lega. Kelegaan tidak berpanjangan, rupa-rupanya kami tersilap stesen. Kami segera dapatkan LRT ke Pandan Indah, setibanya di sana, kami menghubungi sahabat untuk dapatkan kenderaan, rupanya kami tersilap sekali lagi, terpaksa ke stesen Cempaka. Apabila tiba di stesen Cempaka, kami menumpang berehat di rumah sahabat kami sementara menunggu

Pidato Sempena 25tahun Pemerintahan Ulama amat hangat. Gegaran suara Ust Nasrudin menaikkan semangat hadirin, ditambah pula dengan lawak bersahaja ust mohamad sabu. Walaupun kempunan untuk ke KLCC, rasa berbaloi dapat hadiri majlis ini. Laungan takbir bergema ketika detik 12.01 pagi tanggal 31 Ogos 2008. Hati tiba-tiba terusik dengan keinginan ke KLCC, kami segera bergegas ke stesen LRT, tapi malang sekali stesen telah tutup.

Qiamullail di padang MPAJ bersama PAS Pandan Indah dan juga ahli GAMIS Selangor. Selepas solat subuh, Forum Ehya Ramadhan dipengerusikan oleh Ust Riduan Mohd Noor dan ahli panel ialah Ust Zulkifli Ahmad, Ust Nik Abduh dan Yb Zaki. Kehebatan ahli panel menaikkan semangat hadirin diselit dengan seloroh oleh moderator. Erti kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan diri daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah

Selepas bersarapan kami segera ke stesen Cempaka untuk dapatkan LRT ke Negeri Sembilan. Kembara tersebut amat meletihkan ditambah pula kekecewaan tidak dapat ke KLCC tapi ia segera terubat dengan kehebatan program di padang MPAJ.


Kembara mencari yang hakiki,
Banyaknya yang terbentang hanyalah ilusi,
Qudrat kita yang amat sedikit ini ditagihi,
Untuk bekalan kekuatan jemaah ini.