Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 20, 2009

Ustaz Khairul 'semangatmu' akan terus hidup dijiwa anak muda

Ustaz Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi saya kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.









Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

Semalam saya mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Dato' Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon.

Kudin (Pegawai YB Taufek Abdul Ghani) memaklumkan Ustaz Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.

Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ustaz telah meninggal ........

Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.

Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas.

Dua hari lepas semasa saya berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.

"Demam apanya mengaum macam harimau berantai" kata padanya.

Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.

Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia empat tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua

p/s: masih segar dalam ingatan ketika Allahyarham menyampaikan kuliah dan juga ketika pergi rehlah di jempol

Sunday, August 31, 2008

Kembara Mencari Erti Kemerdekaan Hakiki

Tahun ini merupakan tahun yang 'unik' kerana Hari Merdeka hanya selang sehari dengan awal Ramadhan. Keunikan akan terserlah apabila kita lihat ketika sambutan merdeka berbanding persiapan untuk menghadapi Ramadhan. Pada 29 Ogos 2008 konsert Avril Lavigne telah berlangsung dengan 'jayanya' sehingga ramai remaja-remaja islam menghadiri konsert tersebut. Pihak GAMIS telah mengadakan demostrasi bantahan terhadap konset tersebut tetapi tidak diendahkan malah demo tersebut dihalang oleh pihak polis.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, PAS telah menganjurkan program ambang merdeka bertempat di padang MPAJ. Apa yang nak diceritakan ialah tentang Kembara Mencari Erti Kemerdekaan Sebenar oleh ahli GAMIS Negeri Sembilan. Perancangan kami ingin menghadiri Program Ambang Merdeka di MPAJ dan juga program dakwah di KLCC.

Kami bertolak dari Negeri Sembilan pada jam 4 petang. Perancangan bertolak pukul 3:30 petang, kerana ada kesulitan terlewat sedikit. Perjalanan tidak begitu lancar, ada beberapa masalah yang berlaku. Pada jam 6 petang, kami tiba di stesen LRT Ampang, rasa begitu lega. Kelegaan tidak berpanjangan, rupa-rupanya kami tersilap stesen. Kami segera dapatkan LRT ke Pandan Indah, setibanya di sana, kami menghubungi sahabat untuk dapatkan kenderaan, rupanya kami tersilap sekali lagi, terpaksa ke stesen Cempaka. Apabila tiba di stesen Cempaka, kami menumpang berehat di rumah sahabat kami sementara menunggu

Pidato Sempena 25tahun Pemerintahan Ulama amat hangat. Gegaran suara Ust Nasrudin menaikkan semangat hadirin, ditambah pula dengan lawak bersahaja ust mohamad sabu. Walaupun kempunan untuk ke KLCC, rasa berbaloi dapat hadiri majlis ini. Laungan takbir bergema ketika detik 12.01 pagi tanggal 31 Ogos 2008. Hati tiba-tiba terusik dengan keinginan ke KLCC, kami segera bergegas ke stesen LRT, tapi malang sekali stesen telah tutup.

Qiamullail di padang MPAJ bersama PAS Pandan Indah dan juga ahli GAMIS Selangor. Selepas solat subuh, Forum Ehya Ramadhan dipengerusikan oleh Ust Riduan Mohd Noor dan ahli panel ialah Ust Zulkifli Ahmad, Ust Nik Abduh dan Yb Zaki. Kehebatan ahli panel menaikkan semangat hadirin diselit dengan seloroh oleh moderator. Erti kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan diri daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah

Selepas bersarapan kami segera ke stesen Cempaka untuk dapatkan LRT ke Negeri Sembilan. Kembara tersebut amat meletihkan ditambah pula kekecewaan tidak dapat ke KLCC tapi ia segera terubat dengan kehebatan program di padang MPAJ.


Kembara mencari yang hakiki,
Banyaknya yang terbentang hanyalah ilusi,
Qudrat kita yang amat sedikit ini ditagihi,
Untuk bekalan kekuatan jemaah ini.